vtec tuning: vtec tuning artikel
Apabila dikatakan tentang PERFORMANCE ramai yang beranggapan sesuatu
Part yang berjenama dan harga yang menjangkau ribuan ringgit. Ianya
salah sama sekali kerana untuk mendapat HP yang tinggi memerlukan
pemahaman yang luas di dalam Permasaan dan Pengapian, Timming dan
Remapping amat penting untuk sesebuah kereta yang digunakan untuk Drag
dan Streets Race........
Tidak dengan Kekuatan enjin, kadar berat sesebuah kereta juga perlu di
ambil kita agar kereta itu dapat memecut dengan Sepantasnya ketika padel
minyak ditekan
Part Yang Perlu Di Tukar Untuk Permulaan Peningkatan HP
1. Air intake..
Kadar penerimaan angin ditentukan oleh penapis angin yang berfungsi
menghalang udara kotor masuk ke kebuk pembakaran disamping itu secara
makenikal ianya akan menajamkan lagi kadar penerimaan angin untuk sistem
pembakaran....
2. Plug
Kadar pengapian juga akan membantu menpercepat lagi pembakaran untuk engin kereta kita..
Disarankan agar anda membeli Plug yang betul betul berjenama dan semasa
membeli sila periksa terlebih dahulu kepalanya agar anda tidak terbeli
plug yang dah di Recycle.....( PENTING )
3. Exhaust Piping
Sisa
pembakaran harus dibuang dari kebuk pembakaran dengan segera agar ianya
tidak mengganggu sistem pembakaran yang seterusnya..
bagi kereta berketegori NA anda disarankan menukar kepada piping 2
1/2 terus ke mufler. Disamping tough yang tinggi dikeluarkan oleh engin,
ianya juga akan mempercepatkan lagi pusingan PRM kereta tersebut...
4. Cam Pulley
Terdapat
pelbagai jenama untuk cam pulley racing seperti Aerospeed, Jun ,Skunk2,
Toda dan banyak lagi…ianya bukan masalah untuk anda meng-upgrade engine
anda, Konsepnya 1, Talaan mestilah tepat..Pelbagai setting yang dibuat
mengikut kepakaran makenik masing masing..Tetapi setting Yang betul
mengikut Format Racing adalah Advance pada pulley intake dan Retard pada
pulley exhaust..Lakukan dengan berhati-hati.pastikan skru diketetkan
sepenuhnya, Pusing secara manual crank pulley sebanyak 4 pusingan untuk
memastikan piston anda tidak mencium valve anda *bagi mereka yang memakai piston 16b and 18c*. Hidupkan engine dan cuba uji kepantasannya dengan memggunakan stopwatch
5. RACING CHIP
Chip
yang didatangkan pada kereta anda tidak lagi mampu memberi maklumat
yang tepat setelah disetting bermacam ragam, fungsi chip adalah menberi
segala maklumat kepada ECU tentang timming kemasukan minyak dan
pengapian, chip standard yang didatangkan dari stok kilang mempunyai
timming yang terhad dan ianya tidak sesuai untuk kereta yang telah
dijadikan jet pesawat…Fungsi Racing Chip adalah memberi segala maklumat
tentang REMAPPING timming dimana ianya memberi kelebihan penghantaran
petrol dan udara kedalam kebuk pembakara, system ignition juga di
setting sepenuhnya agar engine kereta anda tidak terasa lembik seperti dalam keadaan standard…
Terdapat
pelbagai jenis CHIP yang dikeluarkan oleh otai-otai racing luar negara
seperti JUN, SKUNK2, SPOON, FEEL dan lain-lain lagi..Terpulang pada anda
mana satu anda rasa sesuai untuk kereta anda..
Dan bagi saya, SKUNK2 pilihan saya kerana ianya telah terbukti dalam setiap perlawanan yang saya sertai…
Anda boleh dapatkannya pada laman utama
6. RACING CLUTCH
Clutch
lama anda mungkin tidak dapat lagi menampung beban kereta anda, anda
patut menukarkan kepada jenis Heavy Duty, tidak kira apa jenis keluaran
yang penting kereta anda bagaikan pesawat apabila launching dan anda
tidak rasa tersiksa menekan clutch apabila berada di dalam kesesakan…
PORT & POLISH
Disamping
kapasiti yang lebis besar, ianya juga memberikan pengaliran yang licin
kepada injap masukan dan pengeluaran gas exhaust, kerja ini perlu
berhati hati dan hanya makenik yang berpengalaman sahaja yang patut kita
percayai..Bukan semua port perlu dibesarkan dan dilicinkan, setiap
kerja ada konsepnya..
7. RACING CAM
Pelbagai
jenis dan pelbagai harga ditawarkan untuk anda, bagi sesebuah kereta
berketurunan NA terutamanya dari jenis VTEC, Kekuatannya benyak
bergantung kepada KEPALA SELINDER,, Jadi dengan penukatan Racing Cam
ianya memberikan lebihan campuran kemasukan dan timming juga telah
berubah..anda juga disarankan agar menukar set Racing Spring, Retainer,
dan Valve agar pekara seperti valve broken tidak berlaku.
8. PISTON
Bagi
mereka yang ingin budget, piston dari model b16b atau b18c sudah cukup
mamadai untuk kereta mereka yang dari model b16a..Kedua dua model ini
mempunyai kubah yang tinggi untuk memberikan lagi tahap kompressi dalam
kebuk pembakaran mereka..
9. CRANK, ROD DAN FLYWHEEL..
Dalam
part ini ada telah melangkah kepada stage 2 dalam pembikinan engine
anda..Anda memerlukan lebihan modal untuk mengupgrade atau menukar part
ini..Tanya makenik anda samaada beliau boleh mengupgrade part ini dengan
mengurangkan kapasiti beratnya…JUN type3 memberi pakej untuk part ini,
anda pasti berpuas hati dengan apa yang ditawarkan samaada dari segi HP
nya mahupun harganya..
10. Force induction
Anda
telah melangkah kepada part penghabisan..dengan pemasangan turbo kereta
anda bukan lagi berada balam ketegori NA, ianya memang sesuai dijadikan
DRAG CAR…
Pastikan anda memikir sebelum
melakukan pemasangan ini kerana anda memerlukan perbelanjaan yang tinggi
disamping penyelenggaraan yang kerap…harap anda dapat manfaat dengan
apa yang saya ceritakan di sini.