Dalam serbuan pukul 11.30 malam itu, sepasukan 15 anggota penguat kuasa imigresen menyerbu restoran itu yang beroperasi lebih setahun lalu di kawasan tersebut dan sering menjadi tumpuan orang ramai.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar berkata, enam wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Indonesia ditahan bersama seorang lelaki yang disyaki bertindak selaku bapa ayam.
"Ketika serbuan dilakukan, dua anggota kami yang menyamar sebagai pelanggan dihampiri seorang lelaki tempatan dipercayai bapa ayam dan menawarkan dua wanita dengan tawaran harga RM150 setiap seorang bagi sekali perkhidmatan.
"Pada masa yang sama, lelaki itu juga memanggil dua wanita warga Thailand dan menghulurkan dua peket kondom kepada setiap seorang anggota. Ketika itulah penguat kuasa menangkap lelaki tersebut dan menyerbu premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Khairulanuar, kesemua yang ditahan berusia antara 26 hingga 34 tahun dan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment