Thursday 23 May 2013

4 gambar Leuniey Natasha Kini Bertudung

Sejuk mata memandang bila melihat Leuniey Natasha isteri kepada Apek ini memakai tudung. Walaubagaimanapun belum pasti sama ada Leuniey sudah bertudung sepenuhnya ataupun hanya sekadar mencuba.

Monday 20 May 2013

Tipu kerana nak kahwin




KEBIASAANNYA masyarakat menyalahkan wanita jika kahwin dengan suami orang. Tak kira sama ada wanita itu gadis, andartu atau ibu tunggal. Masyarakat tidak salahkan lelaki, sebaliknya mendakwa wanita jadi biang keladi goda suami orang.'' Itu cerita Farra Majmin dalam emelnya dan ketika kami berbual di telefon.
"Masyarakat mendakwa wanita suka menggoda, dah tahu lelaki itu suami orang masih nak kahwin malah sanggup bermadu. Tetapi tahukah anda, lelaki atau suamilah paling banyak buat dosa, berbohong dengan semua orang sebab nak kahwin lagi. Seperti yang berlaku dalam kes saya.
"Mus sanggup bersumpah dia duda ketika kami baru berkenalan. Oleh kerana percaya, maka hubungan diteruskan, setelah lebih dua tahun berkawan dia ajak kahwin, saya setuju sebab dia kata duda.
"Sapa tak percaya jika Mus tunjuk surat cerainya empat tahun lalu, semata-mata menyakinkan saya bahawa dia duda. Kalau semua bukti depan mata tentu saya percaya, malah kawan pejabatnya mengakui Mus duda anak tiga, dan tiga orang anaknya dijaga oleh bekas isterinya yang berpindah ke Pantai Timur.
"Tambah menyakinkan Mus duda kerana sepanjang masa dia temankan saya makan tengah hari dan malam. Dia tak pernah mengelak apa lagi kata tak boleh. Sebab dia duda dan tak siapa boleh halang.
"Dia bercerai kerana isterinya pentingkan kerja dan pelajaran daripada mengurus keluarga. Kata Mus, dia lebih banyak jaga anak-anak semasa kecil daripada isterinya. Kerana isterinya sentiasa sibuk sambung belajar, tiga orang anak semua dia jaga.
"Tetapi bila anak bertambah tiga dia minta bantuan ibu mertua sebab kerja makin bertambah. Ketika itu pengajian isteri masih belum tamat dan ibu mertuanya terpaksalah tinggal bersama di KL, sebulan sekali dia balik kampung.
"Oleh kerana bekas isteri terlalu sibuk, urusan rumah banyak tertinggal. Rumah macam kapal pecah. Kerana malas nasihat yang berakhir dengan pertengkaran, maka mereka semakin renggang dan bercerai.
"Kerana percaya cerita Mus, persahabatan kami makin erat. Kawan Mus juga cerita yang sama. Mereka tahu Mus bercerai kerana masalah rumahtangganya tak pernah aman.
"Tiga tahun berkawan Mus mendiamkan diri, saya desak dia segera meminang. Mus setuju dengan syarat tunggu setahun lagi, alasannya anak-anak memerlukan wang dan bekas isteri minta tambah nafkah dengan pelbagai alasan.
"Walaupun mulut saya setuju, tetapi hati kecil saya kecewa kerana umur makin meningkat lebih 34 tahun nak tunggu apa lagi. Takkan kami nak berkawan saja, sampai bila? Alasan lain Mus duit tak cukup untuk meminang, dia minta keluarga saya buat kenduri doa selamat saja.
"Pasti keluarga saya tak setuju, sebab saya bukan janda. Saya teringin nak bersanding atas pelamin. Itu impian saya. Kata kakak saya zaman sekarang janda pun kalau kahwin naik pelamin, inikan saya masih gadis. Saya setuju sangat.
"Beberapa bulan kemudian saya desak Mus lagi. Dia minta saya keluarkan duit hantaran separuh dari RM10,000 yang keluarga minta. Awalnya saya tak setuju, tetapi setelah Mus desak, saya terpaksa akur. Janjinya dia akan bayar kembali setelah kami kahwin. Mus janji akan keluar duit belanja kahwin bersama-sama sebab keluarganya tidak buat kenduri sambut menantu, itu saya setuju. Kini keluarga kami menunggu tarikhnya sahaja.
"Setelah beberapa bulan berbincang, akhirnya Mus mencadangkan kami nikah di sempadan, katanya tak banyak pakai duit, tak perlu hantaran bagai, cukup duit upah nikah. Terkejut beruk saya. Saya bantah!
"Kata Mus kalau saya nak nikah juga tidak ada jalan lain kecuali sempadan. Bila balik ke Malaysia nanti daftar. Katanya dia tak ada duit nak buat hantaran. Bekas isterinya minta duit nafkah tambahan untuk tiga orang anaknya.
"Kerana dia malas masuk mahkamah untuk perbicaraan nafkah, dia setuju dengan permintaan bekas isterinya, sebab itu dia tak ada duit simpan.
"Saya cukup kecewa, umur makin meningkat, keluarga dah tahu, sedangkan perkahwinan kami masih tak menjadi kenyataan. Saya malu dengan ibu bapa dan adik-beradik, saya anak paling lambat kahwin, sedangkan dua adik saya lelaki dan perempuan dah lama kahwin dah ada dua dan tiga anak.
"Seminggu saya termenung akhirnya saya berbincang dengan kakak dan emak, mereka tak setuju. Mereka mendakwa mungkin saya kena tipu, mungkin Mus tak bercerai. Malah mereka tak yakin dengan surat cerai yang saya katakan. Mereka suruh saya rujuk ke pejabat kadi tempat mereka bercerai. Mus pulak dolak-dalik sekejap kata sana sekejap sini. Sedangkan mereka orang Pantai Timur.
"Tiga bulan saya berfikir sama ada teruskan pernikahan atau sebaliknya. Mus terus mendesak kami nikah di sempadan. Akhirnya saya ikut nasihat ibu batalkan perkahwinan. Tetapi Mus terus merayu. Ketika itu iman saya memang lemah, saya ikut permintaan Mus dan kahwin lari.
"Lepas nikah Mus pindah ke rumah yang saya beli, sebuah kondo di KL. Rupanya setelah serumah baru saya sedar siapa Mus sebenarnya. Saya sering dengar Mus terima panggilan telefon dari anak-anaknya. Malah saya dengar Mus berbual dengan bekas isterinya. Bukan macam orang bercerai. Akhirnya terbongkar rahsia, lepas setahun bercerai Mus nikah semula dengan bekas isterinya. Tapi dia kata duda.
"Masalah besar, ketika menunggu kelahiran anak pertama. Rupanya Mus belum daftar perkahwinan kami di KL. Namun saya bersyukur berkat pertolongan kawan, saya dapat daftarkan sendiri.
"Ketika itu rahsia kami terbongkar. Saya jadi mangsa serangan isteri Mus, siap maki hamun baik di rumah atau pejabat.
"Jadi di sini saya nak tanya, dalam kes saya apakah saya bersalah? Dituduh perampas suami orang. Bukankah lelaki lebih besar dosanya, dia bukan sahaja tipu saya, isterinya malah kadi Siam dia tipu konon duda dengan menggunakan surat cerai lamanya.
"Sejak kes terbongkar saya tak izinkan Mus balik ke rumah saya selagi dia tidak selesaikan masalah dengan isterinya. Saya tak mahu dengar maki hamun isterinya. Saya tak takut bersalin sendirian, kerana keluarga sokong saya. Walaupun awalnya mereka marah saya kerana kahwin lari.
"Namun emak terima qada dan qadar saya. Saya bersyukur dapat sokongan keluarga ketika dalam bulan terakhir melahirkan. Kini anak saya berusia dua tahun. Malangnya saya masih dimaki hamun oleh isteri Mus. Kesimpulannya lelaki memang takut isteri apabila pernikahan keduanya terbongkar. Adakah salah wanita jika kahwin suami orang? Mengapa tak salahkan suami yang gatal atau diri sendiri yang tinggal jauh dari suami hingga suami kahwin lagi." Demikian cerita Farra Majmin panjang lebar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130519/ke_01/Tipu-kerana-nak-kahwin#ixzz2TquFMpeH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

(13 GAMBAR)Anuar Zain & Dayang Nurfaizah Bak Pasangan Kekasih












Menarik juga sekiranya Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah bercinta sesama sendiri. Dua-dua masih single. Dua-dua masih mencari. Dua-dua suara sedap. Dan paling penting, dua-dua sama cantik dan sama padan. Tak gitu?

Semoga satu hari nanti, pintu hati mereka akan terbuka dan mana tahu memang ada jodoh di antara mereka. Buat masa ini, kita boleh mendengar gabungan suara mantap mereka di dalam album rakaman persembahan Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang telah berlangsung tahun lepas.

Saturday 18 May 2013

5 Kisah Kapal Berhantu Paling Seram Di Dunia




5 Kisah Kapal Berhantu Paling Seram Di Dunia
5 Kisah Kapal Berhantu Paling Seram Di Dunia-Bagi mereka yang gemarkan aktiviti dan bertugas di laut, pelbagai cerita aneh dan misteri yang pernah berlaku di laut lepas mungkin pernah diceritakan dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi..Tapi tahukah anda, terdapat 5 cerita mengenai kapal berhantu yang paling terkenal di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
1. The Octavius
Cerita ini bermula apabila sebuah kapal penangkap ikan paus bernama ‘Herald’ ketika tahun 1775 di lautan Artik secara tidak sengaja menemui sebuah kapal besar terapung-apung di lautan. Ketika di dekati, baru mereka ketahui bahawa kapal tersebut mempunyai nama pendaftaran iaitu The Octavius. The Octavius juga merupakan sebuah kapal penangkap ikan paus namun tidak ada sebarang tanda-tanda kehidupan di atas kapal tersebut hinggakan seorang krew kapal Herald memberanikan diri untuk menaiki kapal tersebut.
Tambah mengejutkan krew tersebut menemui puluhan mayat krew kapal The Octavius yang sejuk membeku, dikatakan krew-krew tersebut mati kesejukan setelah lama tersesat di lautan Artik dan kehabisan bekalan makanan. Yang paling menyeramkan ialah apabila mereka mengetahui yang kapal The Octavius telah dilaporkan hilang selama 13 tahun yang lalu dan selama tempoh waktu tersebut, kapal itu hanya terumbang-ambing di lautan tanpa sebarang hala tujuam. Semenjak penemuan kapal tersebut disiarkan secara meluas di dada-dada akhbar, banyak kapal-kapal penangkap ikan melihat lembaga kapal The Octavius di Lautan Artik dan  ketika cuba di dekati, kapal tersebut dengan pantas hilang di dalam kabus.
2. The Joyita
Pada tahun 1955, sebuah kapal telah disewa oleh sekumpulan nelayan seramai 25 orang untuk digunakan bagi menangkap ikan di perairan Pasifik Selatan. Dalam persetujuan antara pihak penyewa dan pemilik kapal, penyewa harus memberi laporan semasa setiap satu jam sekali, namun pada jam ke-7 kapal tersebut tidak melaporkan diri. Demi keselamatan anak kapal, maka pasukan mencari dan menyelamat telah ditugaskan untuk mencari kapal tersebut.
Hasil pencarian pasukan mencari dan menyelamat itu, kapal The Joyita telah ditemui 5 minggu kemudiannya terapung-apung sejauh 600 batu, atau 1000km dari tempat ia dilaporkan hilang.
Ketika kapal itu dijumpai, tiada seorang pun dari 25 anak kapal tersebut di temui. Pasukan mencari dan menyelamat turut menemui kerosakan yang dikatakan berpunca daripada perbuatan sekumpulan lanun yang telah menyerang kapal ini. Dari hasil siasatan pula, mereka turut menemui beberapa kesan darah di dek kapal, di mana kumpulan lanun dikatakan telah  membunuh semua krew kapal tersebut dan mayat mereka dilemparkan ke laut.
3. The Lady Lovibond
Lady Lovibond merupakan sebuah kapal yang digunakan sepasang pengantin baru untuk percutian bulan madu mereka. Pada waktu yang sama, bebeberapa orang krew juga turut serta dalam kapal tersebut. Salah seorangnya adalah bekas kekasih si isteri yang tidak diketahui oleh si suami yang bernama Simon Peel. Kerana dendam kesumat, bekas kekasih si isteri tadi telah membunuh pasangan pengantin baru itu dan kesemua krew yang ada dengan belati. Setelah melakukan pembunuhan kejam tersebut, dia mengemudi  kapal tersebut ke kawasan batu karang bagi menenggelamkannya pada 13 Februari 1748.

Cerita seram laut itu masih ada hingga sekarang. Laporan terakhir dari para nelayan, mereka pernah melihat kapal tersebut pada tahun 1998 ketika melintasi kawasan batu karang iaitu tempat sama kapal tersebut tenggelam.
4. The Mary Celeste
The Mary Celeste, merupakan sebuah kapal dagang yang ditemui hanyut tanpa tujuan dan terapung-apung di Lautan Atlantik pada tahun 1872. Apa yang paling menyeramkan adalah ketika ia ditemui, kapal ini terapung di lautan tanpa seorang anak kapal, sedangkan semasa ia bertolak, kapal ini membawa puluhan anak kapal.
Penemuan lain menyatakan kapal ini berada pada keadaan yang sangat baik dan tidak ada sebarang kerosakan di dalam kapal bahkan layar kapal pun masih dalam keadaan elok tanpa sebarang kesan koyak. Cerita seram lain dari kapal The Mary Celeste adalah mengenai posisi barang-barang di dalam kapal tersebut yang masih elok pada tempatnya tanpa berubah sedikit pun.
Jika kapal ini dirompak, kemungkinan barang-barang berharga pasti ada yang hilang dan paling kurang pasti akan berlaku pergelutan yang boleh menimbulkan kerosakan, namun semua itu tidak ditemui pada kapal ini. Krew kapal ini bagaikan telah ghaib begitu saja secara misteri. Beberapa teori gila tentang kapal ini mula berkeliaran dari secara tidak sengaja memasuki perairan Segitiga Bermuda hinggalah diculik oleh makhluk asing, namun The Mary Celeste akan tetap menjadi sebuah misteri yang tidak dapat diselesaikan hingga kini.
5. The Flying Dutchman
Ini merupakan kisah kapal berhantu yang paling terkenal di dunia iaitu The Flying Dutchman. Ia merupakan sebuah kapal dagang yang berasal dari Belanda pada tahun 1700-an untuk mengharungi lautan bagi melakukan perjalanan ke negara-negara jajahan kolonial pada ketika itu.
Tahukah kamu, pada tahun 1700-an, Terusan Suez masih belum dibina. Sekiranya kapal-kapal dagang dari benua Eropah ingin melakukan perjalanan ke benua Asia, mereka harus belayar mengelilingi benua Afrika, iaitu kawasan perairan paling sukar dilalui ketika dan dikenali sebagai Tanjung Harapan kerana disana merupakan perairan bagi pertemuan arus antara Lautan India yang panas dan Lautan Atlantik yang dingin. Hal ini telah menimbulkan fenomena arus laut yang paling ganas di dunia. Perairan ini dinamakan Tanjung Harapan kerana untuk melepasi tanjung ini, satu-satunya yang perlu dilakukan adalah berharap dan berdoa agar kapal tidak ditelan arus ganas tersebut.
Arus ganas itu akhirnya telah mendapat korbannya iaitu sebuah kapal yang diketuai oleh Van der Decken, seorang warganegara Belanda telah terperangkap ditanjung tersebut kerana ditelan arus laut yang kuat. Akibat kecewa kerana tidak mampu keluar dari arus tersebut, Kapten Van der Decken akhirnya menjadi gila sehingga tergamak membunuh isterinya yang kebetulan ada bersamanya sepanjang tempoh pelayaran. Tak berhenti di situ, ketika sudah kehilangan akalnya, Kapten Van der Decken bersumpah yang dia akan keluar dari pusaran arus raksasa yang lebarnya 300km akibat pertemuan 2 arus lautan itu, “walau sampai kiamat pun aku akan menemui jalan keluar dari laut ini”.
Tetapi, hal yang tidak dia ketahui tentang arus itu ialah kapal semasa zaman sekarang yang menggunakan kuasa mesin dan enjin pasti dengan mudah dapat keluar dari arus itu, lain halnya jika kapal yang berada di dalam arus itu adalah sebuah kapal layar tahun 1700-an, sudah pasti dia tidak akan mampu melakukannya.
Akhirnya, kapal tersebut hilang di lautan dan hingga sekarang tak pernah ditemui. Ada cerita mengatakan bahawa Kapten Van der Decken telah dikutuk kerana sumpahnya. Sehingga kini, dia dikutuk untuk terus berada di lautan dan banyak cerita mengatakan melihat kemunculan kapal tersebut sehingga kini-Drysheet.blogspot.com

Thursday 16 May 2013

Gambar: Kekasih Baru Fauziah Latiff?





Lama ‘kan tidak kita dengar kisah terbaru Fauziah Latiff. Beberapa hari lalu, penyanyi juga pelakon ini mengirimkan dua keping gambar ke laman sosial Instagram yang menjadi asas gossip ini hari ini.
Dua keping gambar tersebut menunjukkan Fauziah Latiff bersama seorang jejaka yang salah satu gambarnya datang dengan caption Soulmate dan ini menimbulkan spekulasi di’kalangan peminat yang melihat.
Tidak dapat di’kenalpasti siapakah gerangan lelaki di’samping Fauziah Latiff ini tetapi dalam kedua dua gambar mereka tampak bahagia bersama.
Peminat yang melihat gambar itu di Instagram juga meninggalkan komen positif mendoakan kebahagiaan pasangan ini selain ramai yang gembira Fauziah Latiff sudah bertemu seseorang yang boleh di’gelar soulmate.
Hujung Disember tahun lalu, Fauziah Latiff tampil menafikan yang beliau sudah berkahwin secara senyap senyap dengan seorang lelaki bergelar VIP selain berkata selesa hidup solo ketika itu.

Gambar: Pulang Dari Umrah & Eja Ambil Keputusan Untuk Berhijab Kekal









Rasanya baru sahaja tidak berapa lama dahulu kita melihat Eja & keluarga bercuti di mengelilingi Australia dan kali ini ada berita lebih menari untuk di’kongsikan dengan anda semua.
Baru pulang dari mengerjakan umrah baru baru ini, Eja telah mengambil keputusan untuk terus berhijab secara kekal selepas tidak putus putus berdoa dan berkat petunjuk dari Allah.
“Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya”
“Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi”
“Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi”
“Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan & menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini,” jelas Eja kepada Media Hiburan.

Ning Baizura & Suami Perkenal Ryan Sky Dalton Buat Pertama Kali Kepada Umum








Buat pertama kali sejak lahir pada 31 Januari 2013, anak sulung pasangan Ning Baizura & Omar Shariff membuat kemunculan pertama di’khalayak umum dalam satu sidang media. Ala BeyoncĂ© tahu?
Dalam sidang media ringkas yang berlangsung di Neo Tamarind ini Ryan Sky Dalton di’perkenalkan kepada semua dan menamatkan penantian peminat yang mahu melihat wajah comel bayi ini.
Berkata kepada media, Ning Baizura & suami merancang untuk pulang ke Ireland sekitar Julai atau Ogos ini untuk membawa Ryan Sky Dalton untuk bertemu dengan keluarga di sebelah sana.

Tuesday 14 May 2013

SEGERA: Suspek Bunuh Timb. Ketua Pengarah Kastam Ditangkap





KUALA LUMPUR –  Seorang lelaki berusia 56 tahun telah ditahan berkaitan pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek ditahan oleh pasukan petugas khas di Petaling Jaya pada kira-kira 8.30 pagi Sabtu.
“Kami percaya suspek mempunyai kaitan.
“Dia telah ditahan untuk memudahkan siasatan pembunuhan Shaharuddin,” kata beliau dalam satu kenyataan, Ahad.
Beliau berkata suspek akan ditahan reman.
Ditanya sama ada polis akan membuat lebih banyak tangkapan, beliau enggan mengulas lanjut.
Walau bagaimanapun, beliau berkata polis akan menggunakan segala sumber untuk menangkap mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini kerana ia adalah kes berprofil tinggi.
“Saya berharap media dan orang ramai boleh memberi kita ruang untuk menyiasat kes itu dengan teliti,” katanya.
Sehingga hari ini, lebih daripada 35 orang telah disoal siasat oleh polis berhubung pembunuhan Shaharuddin.
Pihak polis menyoal siasat individu-individu ini dalam usaha untuk menentukan motif bagi mendapatkan maklumat terperinci tembakan tetapi tidak boleh didedahkan kerana ia boleh menjejaskan siasatan.
Shaharuddin, yang mengetuai bahagian Kastam dan Unit Cukai, telah ditembak pada 26 April.
Beliau meninggalkan rumahnya di Dengkil pada 7.55 pagi menaiki Nissan SUV dan telah ditembak di lampu isyarat di Lebuh Wawasan-Lebuh Sentosa 20 minit kemudian oleh dua lelaki menunggang motosikal.
Pembonceng melepaskan tiga tembakan dengan senjata automatik.
Shaharuddin, yang dilahirkan di Negeri Sembilan telah berkhidmat jabatan itu selama lebih 30 tahun.

PANAS: Norman Akan Minta Izin Memey Jika Ditakdir ‘Kembali’ Kepada Abby

KUALA LUMPUR –  Meskipun belum pernah terfikir untuk menjalinkan ikatan yang sah bersama bekas isterinya, aktor berbadan sasa, Norman Hakim berkata dia tidak menolak kuasa Tuhan jika ditakdirkan dia dan Abby Abadi kembali bersatu.

“Memang hubungan saya dan Memey Suhaiza (isteri) dengan Abby Abadi mesra.
“Kerana kami menjalinkan hubungan yang baik demi kebahagiaan anak-anak.
“Malah saya bersyukur kerana dapat bersama dan berkumpul tanpa memikirkan persengkataan yang lalu.
“Namun untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya.

“Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami.
“Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama,” katanya yang dihubungi
Norman Hakim diminta mengulas mengenai komen peminat di  yang melihat kemesraan mereka itu sebagai tanda Norman dan Abby akan berkahwin semula.

Namun jika benar Norman Hakim ditakdirkan akan berkahwin semula dengan Abby, dia memberitahu semuanya itu akan berlaku dengan keizinan isterinya, Memey Suhaiza.
“Saya sudah cukup gembira dan bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang.
“Saya dan Abby memang menjalinkan hubungan yang baik kerana dia ibu kepada anak-anak saya.
“Namun jika ditakdirkan saya akan berkahwin dengan Abby, ianya berlaku dengan keizinan isteri saya terlebih dahulu,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai hubungan baik yang terjalin, Norman memberitahu dia, isteri dan Abby sejak akhir ini sering keluar bersama dalam membantu bekas isterinya itu untuk membuka sebuah butik pakaian.
“Akhir-akhir ini kami memang kerap keluar bersama untuk membantu dan memberi sokongan dan sedikit idea kepada Abby yang mahu memulakan perniagaan.

“Setakat ini kami berkawan secara profesional dan baik ,” luahnya lagi.
Baru-baru ini mereka bertiga dan sekeluarga hadir ke hari sukan anak mereka dan Memey pertama kali telah dilihat muncul dengan imej bertudung.

Sunday 12 May 2013

4 gambar terbaru neelofa,Siapa lebih cantik, Neelofa atau ibunya?











Siapa lebih cantik, Neelofa atau ibunya - Orang cerdik berkata, kecantikan itu adalah universal dan bukan bergantung kepada kecantikan rupa paras dan bentuk badan semata-mata. Apakah benar kenyataan ini? Jika kenyataan ini memang benar, siapakah yang lebih cantik antara Neelofa dan ibunya? Korang nilai sendiri empat gambar terkini Neelofa dan ibunya di bawah.


7 gambar baby fasha







Sukarnya menjadi seorang selebriti. Pantang lepas bersalin pun ada orang nak pantau. Itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi popular. Terbaru, ramai yang risau apabila Fasha Sandha dilihat tidak memakai stokin ketika berpantang. Tak elok kata mereka.

Apa yang membuatkan Abang Nara respek kepada Fasha ialah kesanggupannya untuk menjelaskan perkara tersebut kepada para peminatnya. Kalau artis lain mungkin buat tak tahu sahaja, tetapi Fasha siap buat penjelasan lagi. Respek betul. Jelas Fasha:-
Ramainya yang risau pasal saya tak pakai stokin ketika berpantang. Btw, this is for u. Saya hanya keluar ke hospital for check up, pakai baju nursing attire by @dnabydynas dan saya pakai stokin. Ya saya sedang berpantang. Kita berpantang ikut cara masing2 k. Thank you dear! Hugs

Wife Abang Nara dulu pun berpantang ikut cara sendiri. Tak adalah pantang sangat terutama bab pakaian. Setiap orang memang ada cara masing-masing sebab bahan bacaan berbeza-beza. Kalau ikut cara orang tua, mungkin teknik pantang lebih tegas. Apa-apa pun yang penting si pemantang gembira. Tak gitu? crdit BN

Monday 6 May 2013

5 Gambar: Sekitar Majlis Nikah Jehan Miskin Di Carcosa






 
Bertempat di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur hari ini Jehan Miskin sah bergelar suami kepada gadis pilihan Julie Camelia Rhee sekitar jam 2.40 petang dengan dua kali lafaz.
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran berbalas tiga dulang juga daripada pihak perempuan yang antaranya komputer riba jenama Apple, set beg Braun Buffel & set mandian.

Mas kahwin untuk pengantin perempuan berjumlah RM12,000 dan mereka di’ijabkabulkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad.

credit RK