Saturday 20 April 2013

Federal Auto rancang bawa semula MG


KUALA LUMPUR 12 April - Syarikat automotif, Federal Auto Holdings Bhd. (Federal Auto) merancang membawa semula kereta ikonik dari United Kingdom (UK) iaitu MG ke pasaran tempatan.
MG ketika ini dimiliki oleh SAIC Motor Corporation Ltd. (SAIC) iaitu syarikat automotif China sejak tahun 2007.
Federal Auto dalam kenyataannya hari ini menyatakan, syarikat berkenaan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SAIC untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung hasrat tersebut.
MoU tersebut turut menyentuh kepada pembangunan kemudahan untuk pemasangan kenderaan MG dalam bentuk komponen terurai (CKD) di Malaysia.
MG atau nama asalnya Morris Garages merupakan kereta warisan UK kerana diperkenalkan pada 1920 dengan berkonsepkan kereta sport dua tempat duduk ketika itu.
Selepas berlaku perang dunia kedua, operasi MG yang dimiliki oleh Morris Motors Ltd. pada awalnya telah bertukar tangan melibatkan beberapa syarikat automotif dunia antaranya British Motor Corporation Ltd., British Leyland, Rover Group, BMW, MG Rover Group, Nanjing Automobile Group dan akhirnya SAIC.
Sementara itu, SAIC terlibat dalam pembangunan, pengeluaran, penjualan dan pelaburan dalam kenderaan penumpang, kenderaan komersial dan komponen serta alat ganti automotif.
Jenama-jenama kenderaan yang dimiliki oleh SAIC termasuk Maxus, MG, Roewe dan Yuejin.
Anak syarikat milik penuh SAIC, MG Motor UK Ltd., yang beribu pejabat di Birmingham, United Kingdom, bertanggungjawab terhadap reka bentuk, pembangunan, pemasangan dan pemasaran kenderaan MG.

Nissan Murano kekalkan prestij


Pembaharuan di bahagian belakang kenderaan termasuklah rekaan lampu LED yang kemas dan ekzos berkembar yang menampilkan gaya cergas.
KETIKA pengeluar kereta menampilkan versi kenderaan utiliti sukan (SUV) bercorak 'kotak', Nissan mengorak langkah berani menampilkan reka bentuk lain dari yang lain menerusi Nissan Murano pada 2002. Dilabel sebagai 'cross-over' SUV bersaiz pertengahan iaitu menampilkan ciri SUV dengan pengalaman pemanduan kereta sedan, Murano kemudiannya menjadi popular di seluruh dunia.
Di Malaysia, Murano dikategorikan sebagai kereta mewah, maka sesiapa yang memilikinya terutama yang dibeli dari pengedar bertauliah Edaran Tan Chong Motors (ETCM) boleh dianggap sebagai 'orang kaya' - mungkin kerana harganya. Secara ringkas, Murano adalah simbol kemewahan pemiliknya.
ETCM memperkenalkan generasi kedua Murano ke pasaran Malaysia sejak tahun lalu. Antara pembaharuan yang dilakukan adalah reka bentuk gril yang lebih berani, bamper hadapan yang baharu dan dilengkapi dengan rim aloi berjejari 5Y 18 inci yang menawan.
Pembaharuan di bahagian belakangnya termasuklah rekaan lampu LED yang kemas dan ekzos berkembar yang menampilkan gaya cergas.
Perubahan-perubahan yang dilakukan pada ruang dalaman ialah tempat duduk kulit 'double stitching,' bacaan 'Fine Vision Meter', konsol tengah yang direka semula bersama kawalan putar yang lebih baik, paparan tengah di posisi baru demi penglihatan yang lebih jelas serta port USB.
Badan keseluruhan Murano ialah lebar 1,885 milimeter (mm), tinggi 1,730 mm dan asas roda 2,825 mm. Ciri umum yang sememangnya menjadi identiti setiap kereta Nissan ialah keluasan ruang dalaman. Dengan aras bumbung dan ruang kaki yang memuaskan, tempat duduk belakang dengan mudah boleh menempatkan tiga penumpang dewasa.
Murano menggunakan enjin 3.5-liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 260PS @ 6,000rpm dan tork puncak 336Nm @ 4,400rpm.
Ia dipadankan dengan transmisi Xtronic CVT termaju dengan 'All-Wheel Drive System' yang pintar.
Daripada segi keselamatan, Murano dilengkapi dengan enam beg udara, penahan kepala aktif, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan binaan zon badan dengan pengurangan kecederaan ke atas pejalan kaki sekiranya berlaku perlanggaran.
Murano diimport sepenuhnya dari Jepun. SUV ini ditawarkan pada harga atas jalan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj pendaftaran berkaitan di Semenanjung Malaysia RM318,782.50.
ECTM menawarkan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (yang mana tiba terlebih dahulu). Perkhidmatan selepas jualan ETCM menyediakan bantuan 24 jam di tepi jalan, menunda dan pembaikan kecil serta-merta di Malaysia.
Para pelanggan boleh mengharapkan kepercayaan dan bantuan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh ETCM bagi mengekalkan prestasi dan nilai jualan semula kenderaan.

Langkah kerajaan turun harga kereta lebih baik berbanding manifesto pembangkang


ALOR SETAR 2 Mac - Langkah kerajaan menurunkan harga kereta melalui perbincangan dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta terbukti memberi hasil positif yang jauh lebih baik berbanding manifesto pakatan pembangkang.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, ini kerana harga kereta sudah diturunkan antara RM2,000 hingga RM17,000 sebuah tetapi hasil kutipan cukai kerajaan pada masa sama tidak menurun.
"Kalau ikut manifesto pakatan pembangkang, mereka mahu turun harga kereta dengan menghapuskan cukai maka hasil kerajaan tidak ada, kenderaan terlalu banyak dan jalan menjadi sesak dan pelbagai masalah timbul.
"Tetapi apa yang berlaku sekarang dengan langkah kerajaan terbukti bahawa harga kereta boleh turun tanpa kita mengurangkan cukai," katanya selepas merasmikan Himpunan Komuniti Usahawan TEKUN Kedah dan Perlis di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi TEKUN, Datuk Suraya Yaacob dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) TEKUN, Adam Abdul Ghani.
Mukhriz mengulas Pelan Penurunan Harga Kereta dalam negara secara berperingkat sejak suku keempat tahun lalu sehingga 2016 termasuk menghapuskan duti import kereta dari Jepun dan Australia.
Beliau berkata, kerajaan mengambil kira pelbagai faktor dalam usaha menurunkan harga kenderaan, termasuk kesan ekonomi ke atas negara, syarikat pengeluar, lebih 200,000 pekerja kilang kereta, pengusaha industri kenderaan terpakai serta kepentingan pengguna. - UTUSAN

Thursday 18 April 2013

Kereta api terbakar

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa muatan simen sempat menyelamatkan diri apabila menyedari enjin lokomotif itu terbakar ketika melalui kawasan Bangsar menuju KL Sentral, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pemandu terbabit yang terkejut selepas melihat percikan api di bahagian enjin kereta api terbabit bertindak menghentikannya sebelum keluar dan menghubungi bomba.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada jam 10.32 malam dan terus mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal api di bahagian enjin kereta api terbabit pada jam 10.54 malam dan berjaya memadam api secara keseluruhannya 19 minit kemudian.

Foto
Foto
Foto

“Hasil pemeriksaan kita mendapati punca kebakaran disebabkan berlaku kerosakan di bahagian enjin sehingga menyebabkan ia terbakar.

“Sebanyak dua jentera bomba terbabit dalam operasi ini dibantu dua Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dan sebuah 'water tanker' membabitkan 22 anggota pelbagai pangkat,” katanya.

Azizan berkata, unit siasatan forensik juga telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit.


VIDEO:
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18  135  3 Google +0  1  0

vtec tuning: MAJALAH KERETA

vtec tuning: MAJALAH KERETA

vtec tuning: vtec tuning artikel

Apabila dikatakan tentang PERFORMANCE ramai yang beranggapan sesuatu Part yang berjenama dan harga yang menjangkau ribuan ringgit. Ianya salah sama sekali kerana untuk mendapat HP yang tinggi memerlukan pemahaman yang luas di dalam Permasaan dan Pengapian, Timming dan Remapping amat penting untuk sesebuah kereta yang digunakan untuk Drag dan Streets Race........
Tidak dengan Kekuatan enjin, kadar berat sesebuah kereta juga perlu di ambil kita agar kereta itu dapat memecut dengan Sepantasnya ketika padel minyak ditekan

Part Yang Perlu Di Tukar Untuk Permulaan Peningkatan HP
1. Air intake..

Kadar penerimaan angin ditentukan oleh penapis angin yang berfungsi menghalang udara kotor masuk ke kebuk pembakaran disamping itu secara makenikal ianya akan menajamkan lagi kadar penerimaan angin untuk sistem pembakaran....






2. Plug                          
Kadar pengapian juga akan membantu menpercepat lagi pembakaran untuk engin kereta kita..
Disarankan agar anda membeli Plug yang betul betul berjenama dan semasa membeli sila periksa terlebih dahulu kepalanya agar anda tidak terbeli plug yang dah di Recycle.....( PENTING )






3. Exhaust Piping
 Sisa pembakaran harus dibuang dari kebuk pembakaran dengan segera agar ianya tidak mengganggu sistem pembakaran yang seterusnya..
bagi kereta berketegori NA anda disarankan menukar kepada piping      2 1/2 terus ke mufler. Disamping tough yang tinggi dikeluarkan oleh engin, ianya juga akan mempercepatkan lagi pusingan PRM kereta tersebut...







4. Cam Pulley
Terdapat pelbagai jenama untuk cam pulley racing seperti Aerospeed, Jun ,Skunk2, Toda dan banyak lagi…ianya bukan masalah untuk anda meng-upgrade engine anda, Konsepnya 1, Talaan mestilah tepat..Pelbagai setting yang dibuat mengikut kepakaran makenik masing masing..Tetapi setting Yang betul mengikut Format Racing adalah Advance pada pulley intake dan Retard pada pulley exhaust..Lakukan dengan berhati-hati.pastikan skru diketetkan sepenuhnya, Pusing secara manual crank pulley sebanyak 4 pusingan untuk memastikan piston anda tidak mencium valve anda *bagi mereka yang memakai piston 16b and 18c*.   Hidupkan engine dan cuba uji kepantasannya dengan memggunakan stopwatch

5. RACING CHIP
Chip yang didatangkan pada kereta anda tidak lagi mampu memberi maklumat yang tepat setelah disetting bermacam ragam, fungsi chip adalah menberi segala maklumat kepada ECU tentang timming kemasukan minyak dan pengapian, chip standard yang didatangkan dari stok kilang mempunyai timming yang terhad dan ianya tidak sesuai untuk kereta yang telah dijadikan jet pesawat…Fungsi Racing Chip adalah memberi segala maklumat tentang REMAPPING timming dimana ianya memberi kelebihan penghantaran petrol dan udara kedalam kebuk pembakara, system ignition juga di setting sepenuhnya agar engine kereta anda tidak terasa lembik seperti dalam keadaan standard…
Terdapat pelbagai jenis CHIP yang dikeluarkan oleh otai-otai racing luar negara seperti JUN, SKUNK2, SPOON, FEEL dan lain-lain lagi..Terpulang pada anda mana satu anda rasa sesuai untuk kereta anda..
Dan bagi saya, SKUNK2 pilihan saya kerana ianya telah terbukti dalam setiap perlawanan yang saya sertai…
Anda boleh dapatkannya pada laman utama     

6. RACING CLUTCH
Clutch lama anda mungkin tidak dapat lagi menampung beban kereta anda, anda patut menukarkan kepada jenis Heavy Duty, tidak kira apa jenis keluaran yang penting kereta anda bagaikan pesawat apabila launching dan anda tidak rasa tersiksa menekan clutch apabila berada di dalam kesesakan…

PORT & POLISH
Disamping kapasiti yang lebis besar, ianya juga memberikan pengaliran yang licin kepada injap masukan dan pengeluaran gas exhaust, kerja ini perlu berhati hati dan hanya makenik yang berpengalaman sahaja yang patut kita percayai..Bukan semua port perlu dibesarkan dan dilicinkan, setiap kerja ada konsepnya..

7. RACING CAM
Pelbagai jenis dan pelbagai harga ditawarkan untuk anda, bagi sesebuah kereta berketurunan NA terutamanya dari jenis VTEC, Kekuatannya benyak bergantung kepada KEPALA SELINDER,, Jadi dengan penukatan Racing Cam ianya memberikan lebihan campuran kemasukan dan timming juga telah berubah..anda juga disarankan agar menukar set Racing Spring, Retainer, dan Valve agar pekara seperti valve broken tidak berlaku.

8. PISTON
Bagi mereka yang ingin budget, piston dari model b16b atau b18c sudah cukup mamadai untuk kereta mereka yang dari model b16a..Kedua dua model ini mempunyai kubah yang tinggi untuk memberikan lagi tahap kompressi dalam kebuk pembakaran mereka..






9. CRANK, ROD DAN FLYWHEEL..
Dalam part ini ada telah melangkah kepada stage 2 dalam pembikinan engine anda..Anda memerlukan lebihan modal untuk mengupgrade atau menukar part ini..Tanya makenik anda samaada beliau boleh mengupgrade part ini dengan mengurangkan kapasiti beratnya…JUN type3 memberi pakej untuk part ini, anda pasti berpuas hati dengan apa yang ditawarkan samaada dari segi HP nya mahupun harganya..





10. Force induction
Anda telah melangkah kepada part penghabisan..dengan pemasangan turbo kereta anda bukan lagi berada balam ketegori NA, ianya memang sesuai dijadikan DRAG CAR…
Pastikan anda memikir sebelum melakukan pemasangan ini kerana anda memerlukan perbelanjaan yang tinggi disamping penyelenggaraan yang kerap…harap anda dapat manfaat dengan apa yang saya ceritakan di sini.



 sumber