Saturday 15 June 2013

Tikam diri sendiri dengan gunting


SERIAN 15 Jun - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak menikam diri sendiri dengan sebilah gunting selepas mendakwa dirinya bakal menjadi mangsa bunuh di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Soh itu cedera di kiri dada serta kanan perut.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Jamali Umi memberitahu, lelaki itu pada mulanya panik kerana mendakwa terdengar bisikan ada orang ingin membunuhnya.
"Dia berkata lebih baik dia membunuh diri daripada membiarkan diri dibunuh orang lain.
"Lelaki itu kemudian terus mencapai sebilah gunting sebelum menikam diri sendiri di dada dan perut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Jamali, berdasarkan keterangan isterinya, lelaki itu sebelum ini pernah dirawat di hospital kerana menghidap masalah mental.
"Dia dipercayai bertindak di luar batasan kerana tidak mengambil ubat yang dibekalkan. Lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Kuching untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 309 kerana cubaan membunuh diri. - UTUSAN ONLINE

Sindiket pelacuran di sebalik restoran


JOHOR BAHRU 15 Jun - Jabatan Imigresen berjaya membongkar sindiket pelacuran di sebalik operasi sebuah restoran selepas menyerbu premis itu di Jalan Meldrum di sini malam tadi.
Dalam serbuan pukul 11.30 malam itu, sepasukan 15 anggota penguat kuasa imigresen menyerbu restoran itu yang beroperasi lebih setahun lalu di kawasan tersebut dan sering menjadi tumpuan orang ramai.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar berkata, enam wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Indonesia ditahan bersama seorang lelaki yang disyaki bertindak selaku bapa ayam.
"Ketika serbuan dilakukan, dua anggota kami yang menyamar sebagai pelanggan dihampiri seorang lelaki tempatan dipercayai bapa ayam dan menawarkan dua wanita dengan tawaran harga RM150 setiap seorang bagi sekali perkhidmatan.
"Pada masa yang sama, lelaki itu juga memanggil dua wanita warga Thailand dan menghulurkan dua peket kondom kepada setiap seorang anggota. Ketika itulah penguat kuasa menangkap lelaki tersebut dan menyerbu premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Khairulanuar, kesemua yang ditahan berusia antara 26 hingga 34 tahun dan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE

berposing dengan Amanda Imani yang tinggi darinya


awek cantik ini mati dengan tubuh hangus akibat main cinta dengan suami orang


Dipendekkan cerita, seorang suami bermain kayu tiga kerana dia horni dan isterinya yang sedang mengandung enggan memuaskan nafsunya. Tempat dia melepaskan kehorniannya adalah seorang fitness trainer yang berumur 24 tahun, ada gambar di bawah. Disebabkan cemburu, isterinya yang sedang mengandung itu menyerang perempuan tersebut di pangsapurinya. Isteri tersebut mencekik dan menghiris leher perempuan tersebut. Kemudian, dia kenakan perempuan tersebut dengan kejutan elektrik sehingga separa hangus mayatnya.

Moralnya, jangan main-main dengan perempuan mengandung. Kalau nak berlaku curang sangat, carilah waktu lain yang lebih sesuai.








hantu main laptop di pejabat tertangkap


Dalam foto tersebut, nampak hantu wanita berambut panjang dengan mengenakan pakaian putih sedang duduk di depan laptop. Namun dia hanya terdiam membisu di tempat duduknya, sambil memandang penuh dengan wajah penasaran terhadap laptop itu.

Berdasar data yang dihimpun, foto sosok hantu itu diambil menggunakan kamera Samsung GT-S5830, Khamis (5/5/2011) pukul 12:22:41 WIB. Hingga kini belum dikatahui siapa yang merakam sosok hantu tersebut. Semua pegawai yang ditemui wartawan pun mengaku tidak mengetahui.

Banyak dari pengawai yang mengaitkan kemunculan hantu perempuan tersebut dengan gedung Darmoyuda, yakni bekas bangunan penyimpanan fail bahagian kewangan di komplek pejabat pemkab. Sejak terbakar 9 March 2009 lalu, bangunan tersebut masih dibiarkan kosong.

Penyanyi Baru Nafi Jadi Punca Wan Zack Pulang Ke Malaysia



Kalau anda seperti kami yang tidak mengikuti sangat perkembangan sukan tanah air, keputusan penyerang kebangsaan Wan Zack Haikal untuk pulang bermain di Malaysia sebenarnya satu perkara besar.
Wan Zack Haikal berhasrat untuk kembali beraksi di Liga Malaysia sebelum kontraknya selama dua tahun dengan kelab Ryukyu FC di Jepun yang di’sertainya pada Mac 2012 tamat.
Khabar angin timbul mengatakan salah satu punca pemain bola sepak itu ingin pulang adalah kerana masalah dengan teman wanitanya yang juga merupakan seorang penyanyi baru bernama Zzati.
Bercakap kepada mStar Online hari ini, Zzati menafikan dirinya menjadi punca Wan Zack ingin pulang bermain ke Malaysia & berkata tidak pernah berlaku masalah komunikasi antara mereka walaupun jauh.
“Saya rasa tidak ada sebarang masalah komunikasi antara kami sebab teknologi perhubungan sudah semakin canggih,” jelas Zzati.
“Kalau ingin melepaskan rindu kami boleh buat panggilan video sahaja, tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan seperti sekarang ini”
“Jika peminat kecewa dia pulang, saya sudah tentu lebih kecewa kerana saya juga ingin lihat dia bina kerjaya dan berjaya pada peringkat antarabangsa”
“Saya faham dengan kerjayanya sebagai pemain bola sepak malah sentiasa beri semangat untuk dia terus bertahan di negara Matahari Terbit itu,” tambah Zzati lagi yang bersedia untuk ke Jepun jika di’perlukan untuk memberikan semangat buat Wan Zack Haikal.

Diana Danielle Nafi Mengandung Anak Luar Nikah!


Cerita mengenai artis wanita, Diana Danielle yang bunting pelamin selepas baru 16 hari bernikah masih lagi tidak berhenti dari menjadi perbualan hangat orang ramai.


Diana yang bernikah dengan pelakon lelaki, Farid Kamil selamat diijab kabul pada 3 November lalu dan baru sahaja selesai dengan majlis resepsi sebelah perempuan baru-baru ini.

Walaupun Diana dilihat semakin bahagia dengan suami tercinta, cerita dia hamil sebelum bernikah sedikit sebanyak membuatkan dia kecewa dan merasa tertekan.

Bagi Diana, sudah puas dia menafikan cerita itu tetapi dia tahu ramai yang lebih mempercayai cerita yang dibuat-buat dari perkara sebenar.

Justeru, Diana berkata, dia tidak mampu untuk menutup mulut semua orang yang bercerita mengenai kehamilannya.

“Kalau saya nafikan sekali pun, orang akan tetap bercakap, seperti mana yang mereka fikirkan. Mereka tidak percaya apa yang saya jelaskan, sebaliknya lebih mempercayai spekulasi.

“Jadi cakaplah selagi mereka belum puas. Saya tak mampu nak tutup mulut semua orang,” kata Diana yang dipetik dari laporan BiPop, sisipan Mingguan Malaysia semalam.

Bukan itu sahaja, keputusan untuk Diana dan Farid bernikah dalam masa yang terlalu singkat juga menimbulkan cerita yang tidak enak.

Dikatakan Diana sudah hamil terlebih dahulu dan tindakan bernikah itu dilakukan untuk menutupkan aib mereka berdua.

Tetapi, berita dia hamil selepas baru sahaja berkahwin diterima sepenuhnya oleh Diana sebagai rezeki dari Allah S.W.T.

“Apabila kami mempercepatkan pernikahan dan membuat pengumuman mengenainya, ramai pula yang tak puas hati. Mereka beranggapan macam ada sesuatu. Orang berkata kononnya usia kandungan saya lebih lama daripada tempoh pernikahan.

“Orang mempersoal baru 16 hari nikah takkan dah bunting pelamin? Tapi apabila Allah beri kami rezeki yang saya dan Farid sendiri tak jangka, takkan nak menolak? Biarlah orang nak bercakap apa sahaja,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Fasha Sanda yang bernikah dengan Jejai juga turut dikaitkan dengan cerita mahu berkahwin selepas mengandung.

Namun, cerita itu dinafikan oleh Fasha sendiri dan mengakui dia bunting pelamin.

Friday 14 June 2013

GAMBAR PEGANG ANJING?


Rasanya sudah berapa kali gambar artis Islam memegang anjing dipaparkan di internet. Kali ini giliran Nanu Baharudin pula bergambar mesra dengan anjing yang dikatakan peliharaan mereka bernama Kesha. Gambar ini juga dikatakan diupload sendiri oleh tuan punya badan di dalam Facebook miliknya.



Video Sharifah Sakinah Menari Macam Orang Gila


    June 14, 2013







Pelakon yang kini semakin popular dek video-video kontroversi di laman sosial Keek, Sharifah Sakinah kini tampil dengan video ringkas terbarunya.
Kali ini, dia menari di atas meja sambil menggayakan rambut palsu panjang yang mengerbang sambil menyanyi dengan menggunakan aplikasi suara ala kartun Chipmunks.
Kebanyakan peminat yang menonton videonya itu mengatakan mereka terhibur dengan video gadis berusia 24 tahun itu.
Malah mereka juga dilihat semakin terbuka dan boleh menerima sikap gila-gila Sakinah.
Ini merupakan sebahagian komen daripada penonton yang telah menonton video tersebut:
Namun tak kurang juga yang mencemuhnya seakan-akan tidak menghormati ayat Al-Quran yang digantung di dinding ruang tamu tersebut.
Mungkinkah Sakinah boleh menjadi pelapis kepada pelawak wanita tempatan seperti Louisa Chong, Rosnah Mat Aris ataupun Angelina Tan?
KINA
KINA1
Apa kata anda?

Fiza Elite Kini Sudah Berhijab



Fiza Elite Kini Sudah Berhijab


    June 14, 2013

Pelakon yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah dengan berhijab penuh seperti kebanyakan artis wanita yang lain.
Fiza membuat pendedahan itu menerusi laman Instagramnya dengan menyatakan, “memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia”.
Memang nampak makin cantik dan berseri-seri Fiza apabila mengenakan hijab kan.
Semoga Fiza istiqamah dengan penghijrahannya ini dan semoga karier lakonannya berkembang maju dari masa ke semasa.
1
2
3
4
5
6

Thursday 13 June 2013

4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda



Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.
Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :
Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…
4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi ‘malapetaka’ yang akan melanda hubungan cinta anda.
Peringatan : Jika anda jenis yang cepat panik dan gelisah, maka jangan baca 4tanda di bawah. Tujuan saya berkongsi 4 tanda ini hanyalah untuk ‘mengejutkan’ anda dari mimpi lena yang mungkin, jika berterusan, akan menghancurkan kebahagiaan anda sedikit demi sedikit.
  1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah  ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
  2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
  3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.
  4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.

Mencarut di Instagram, Shila Amzah dikritik peminat


Penyanyi berbakat besar yang menempah nama di Tanah Besar China ini sekali lagi mencetuskan kontroversi di akaun Instagramnya.
Shila Amzah, sebelum ini kecoh dengan foto baju senamannya yang ketatnya kali ini dikritik peminat-peminatnya apabila memuat naik ungkapan yang agak kasar di akaunnya.
Mungkin kerana terlalu kecewa dengan fitnah yang dilemparkan ke atasnya serta masalah-masalah peribadinya yang lain, beliau telah memuat naik satu petikan yang dipercayai dikutip dari ruangan maya ini berbunyi:
“IF SOMEONE HATES YOU FOR NO REASON, GIVE THAT MOTHERFUCKER A REASON”
Dek kerana petikan tersebut, beberapa peminat berasa kurang selesa walaupun masih ada yang menyokongnya. Antara teguran yang diterima mengatakan ianya kurang sesuai perkataan yang dipilih berikutan penampilan serta imej seorang gadis Islam.


Mungkin Shila Amzah perlu lakukan sesuatu yang lain sebelum meluahkan sesuatu, tak perlulah mencarut-carut kerana banyak lagi kaedah lain yang lebih sesuai dan berpadanan dengan imejnya sekarang.

Sunday 9 June 2013

10 GAMBAR] Hans Isaac Kantoi Tenung Neelofa


Hans Isaac dan Neelofa kelihatan mesra sekali semasa sidang media filem Lemak Kampung Santan beberapa hari lepas, namun, Hans menyatakan yang dia tidak mahu gosip cintanya diberi tumpuan. Menurutnya, gosip cinta dengan Neelofa tidak akan membantu menarik perhatian penonton ke pawagam untuk menonton filem itu.

Malah, Hans mengakui jalan cerita filem itu klise, iaitu mengenai seorang arkitek yang datang ke sebuah kampung untuk bekerja, lalu jatuh cinta dengan perempuan kampung yang pandai memasak nasi lemak. Tetapi dia ada sebab tersendiri menampilkan jalan cerita seumpama itu. Katanya ia mudah diterima oleh masyarakat penonton filem di Malaysia.





Menurut Hans lagi dia tidak mahu kehidupan peribadinya diberi fokus berlebihan, sebaliknya dia hanya mahu dikenali kerana filem-filem yang dihasilkannya setelah bersara nanti. Info asal Red Carpet. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar We Love Neelofa.









Saturday 8 June 2013

Memalukan! Gelaran Juara Miss Universe Kanada Di Tarik Balik Kerana Salah Ejaan


Denise Garrido, 26, hanya sempat menjadi Miss Universe Kanada selama 24 jam sahaja. Selepas tempoh berkenaan, gelaran itu bertukar tangan kepada pemenang sebenar, Riza Santos, 26 dari Calgary.

Denise Garrido.

Semuanya akibat kesilapan ejaan dalam komputer hingga menjejaskan keseluruhan markah yang diberikan kepada lima peserta teratas daripada 57 peserta dalam pertandingan berkenaan.

Menurut ratu sehari itu, dia mengesyaki ada yang tidak kena apabila menerima panggilan yang memintanya menghadiri satu mesyuarat tergempar.

“Jantung saya seolah-olah akan karam apabila mereka mengumumkan bahawa berlaku kesilapan. Saya bingung dan suara saya terketar-ketar. Kisah dongeng ini hanya berlaku dalam 24 jam dan menjadi mimpi ngeri,’’ katanya.

Menurut Garrido, dia cuba melihat perkara itu daripada aspek positif dan cuba mengendalikan situasi ini dengan baik.

“Ia merupakan satu cabaran namun menjadi cerita yang menarik kepada kaum wanita bahawa bahawa saya menjadi Miss Universe, bukan untuk seluruh tahun. Ia tidak akan mengubah hakikat bahawa saya menjadi mangsa,’’ katanya.

Dalam pada itu, penganjur pertandingan itu, Beauties of Canada telah memohon maaf kepada Garrido berikutan kesilapan tersebut.

Denise Garrido dan Riza Santos.

Menurut pengarahnya, Denis Devila, kesilapan itu disedari ketika proses pengesahan dilakukan.

“Miss Garrido merupakan contoh terbaik yang kita cari untuk Miss Universe Kanada. Kita yakin dia akan terus berjaya dalam apa jua yang dilakukannya,’’ katanya.

Ini bukan kali pertama Miss Universe Kanada mencetuskan kontroversi.

Tahun lalu, salah seorang pesertanya, Jenna Talackova telah dilarang mengambil bahagian dalam pertandingan akhir selepas mendapati dia melakukan pembedahan jantina dan tidak dilahirkan sebagai wanita.

Namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari selepas itu selepas mendapat bantahan orang ramai.

SADIS - KEDAAAN DI DALAM PENJARA TERKENAL FILIPINA (12 GAMBAR)



Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center ialah penjara yang unik di Filipina. Ianya penjara yang menggunakan koreografi tarian sebagai salah satu cara untuk memulihkan banduan yang ditahan di dalamnya. Banduan-banduan ini kesemuanya meringkuk di dalam penjara CPDRC. Mereka dikatakan berada keadaan di dalam penjara yang masih lagi belum sempurna dan mengikut piawaian hak asasi manusia.





Laporan asal OMGsoySauce