Saturday 15 June 2013

Tikam diri sendiri dengan gunting


SERIAN 15 Jun - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak menikam diri sendiri dengan sebilah gunting selepas mendakwa dirinya bakal menjadi mangsa bunuh di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Soh itu cedera di kiri dada serta kanan perut.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Jamali Umi memberitahu, lelaki itu pada mulanya panik kerana mendakwa terdengar bisikan ada orang ingin membunuhnya.
"Dia berkata lebih baik dia membunuh diri daripada membiarkan diri dibunuh orang lain.
"Lelaki itu kemudian terus mencapai sebilah gunting sebelum menikam diri sendiri di dada dan perut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Jamali, berdasarkan keterangan isterinya, lelaki itu sebelum ini pernah dirawat di hospital kerana menghidap masalah mental.
"Dia dipercayai bertindak di luar batasan kerana tidak mengambil ubat yang dibekalkan. Lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Kuching untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 309 kerana cubaan membunuh diri. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment